Page 47 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 47
PERKARA TANGGUNGJAWAB
10. Arkib semua peristiwa penting (Audit Trail) yang
berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan
identiti pengguna dan maklumat.
A.5.1.2 Capaian Kepada Rangkaian Dan
Perkhidmatan Rangkaian
a. Pengguna hanya boleh dibekalkan dengan capaian ICTSO dan Pentadbir
Rangkaian
ke rangkaian dan perkhidmatan rangkaian setelah
mendapat kebenaran dari Pentadbir Rangkaian
KESUMA.
b. Kawalan capaian perkhidmatan rangkaian hendaklah
dijamin selamat dengan:
1. Menempatkan atau memasang perkakasan ICT
yang bersesuaian di antara rangkaian KESUMA,
rangkaian agensi lain dan rangkaian awam;
2. Mewujud dan menguatkuasakan mekanisme
untuk pengesahan pengguna dan perkakasan
ICT yang dihubungkan ke rangkaian; dan
3. Memantau dan menguatkuasakan kawalan
capaian pengguna terhadap perkhidmatan
rangkaian ICT.
A.5.1.3 Kawalan Capaian Peralatan Mudah Alih
a. Merekodkan pergerakan keluar masuk peralatan ICTSO, Pegawai Aset
dan Pengguna KESUMA
mudah alih berdasarkan tatacara pengurusan aset
yang sedang berkuatkuasa bagi mengurangkan risiko
kehilangan atau kerosakan;
b. Peralatan hendaklah disimpan atau dikunci di tempat
yang selamat apabila tidak digunakan; dan
c. Memastikan peralatan yang dibawa keluar dari
pejabat/fasiliti perlu disimpan rapi di tempat yang
selamat/berkunci bagi mengelakkan daripada
kecurian.
47 | 1 1 9

