Page 46 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 46
BIDANG A.5: KAWALAN CAPAIAN
A.5.1 Keperluan Kawalan Capaian
Objektif: Menghadkan akses kepada kemudahan pemprosesan data dan maklumat
dengan memahami dan mematuhi keperluan keselamatan dalam mengawal capaian
ke atas maklumat.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.5.1.1 Polisi Kawalan Capaian
a. Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah ICTSO dan Pentadbir
Sistem ICT
dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi
kerja pengguna yang berbeza.
b. Peraturan kawalan capaian hendaklah diwujudkan,
didokumenkan dan disemak berdasarkan keperluan
perkhidmatan dan keselamatan maklumat. Ia perlu
disemak dan dikemaskini setiap dua (2) tahun atau
mengikut keperluan dan menyokong peraturan
kawalan capaian pengguna sedia ada.
c. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Keperluan keselamatan aplikasi;
2. Kebenaran untuk menyebarkan maklumat;
3. Hak akses dan dasar klasifikasi maklumat sistem
dan rangkaian;
4. Undang-undang Malaysia/Persekutuan yang
berkaitan dan obligasi kontrak mengenai had
akses kepada data atau perkhidmatan;
5. Kawalan capaian ke atas perkhidmatan rangkaian
dalaman dan luaran;
6. Pengasingan peranan kawalan capaian;
7. Kebenaran rasmi permintaan akses;
8. Keperluan semakan hak akses berkala;
9. Pembatalan hak akses;
46 | 1 1 9

