Page 48 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 48
A.5.2 Pengurusan Capaian Pengguna
Objektif: Memastikan kawalan capaian oleh pengguna yang dibenarkan sahaja.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.5.2.1 Pendaftaran Pengguna dan Pembatalan
Pengguna
Proses pendaftaran dan pembatalan pengguna ICTSO, Pentadbir
Sistem ICT, Pengguna
hendaklah dilaksanakan bagi membolehkan capaian dan
KESUMA dan pengguna
pembatalan hak capaian. luar.
a. Akaun yang diperuntukkan oleh KESUMA sahaja
boleh digunakan;
b. Akaun pengguna mestilah unik dan hendaklah
mencerminkan identiti pengguna;
c. Akaun pengguna luar yang diwujudkan pertama kali
akan diberi tahap capaian paling minimum iaitu
kebenaran melihat dan membaca sahaja. Sebarang
perubahan tahap capaian hendaklah mendapat
kelulusan daripada KESUMA terlebih dahulu;
d. Pemilikan akaun pengguna bukanlah hak mutlak
seseorang dan ia tertakluk kepada peraturan dan
arahan KESUMA. Akaun boleh ditarik balik jika
penggunaannya didapati melanggar peraturan;
e. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang
dikongsi bersama adalah dilarang;
f. Bagi memastikan pengendalian Internet dan e-mel
KESUMA beroperasi dengan sempurna dan
berkesan, KESUMA adalah bertanggungjawab:
1. Menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau
dibatalkan telah mendapat kelulusan KESUMA.
2. Pembatalan akaun (pengguna yang tamat
perkhidmatan, bertukar atau melanggar dasar dan
peraturan Kementerian/jabatan) perlulah
48 | 1 1 9

