Page 37 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 37
BIDANG A.4: PENGURUSAN ASET
A.4.1 Akauntabiliti/Tanggungjawab Aset
Objektif: Untuk mengenal pasti aset bagi memberi dan menyokong perlindungan yang
bersesuaian ke atas semua aset ICT KESUMA.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.4.1.1 Pemilikan Aset
a. Setiap aset ICT hendaklah didaftarkan dan ditentukan Pegawai Aset dan
pengguna KESUMA
pemiliknya. Ketua Bahagian/ Jabatan adalah
bertanggungjawab mengenal pasti pemilik aset ICT
tersebut;
b. Maklumat aset alih direkodkan dan dikemaskini dalam
Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA), Daftar
Harta Modal (KEW.PA-3) dan Aset Alih Bernilai
Rendah (KEW.PA-4) berdasarkan Pekeliling
Perbendaharaan AM 2 Tahun 2018: Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan atau tatacara lain
yang berkuatkuasa;
c. Maklumat aset tak ketara direkodkan dan dikemaskini
dalam Daftar Harta Intelek (KEW.ATK-3) dan Senarai
Harta Bukan Intelek (KEW.ATK-7) berdasarkan
Pekeliling Perbendaharaan AM 2 Tahun 2018:
Tatacara Pengurusan Aset Tak Ketara Kerajaan;
d. Pemilik aset hendaklah menentukan tahap sensitiviti
(terperingkat) yang bersesuaian bagi setiap maklumat
aset di KESUMA. Pemilik aset juga hendaklah
membuat keputusan dalam menentukan individu
yang dibenarkan untuk capaian dan penggunaan
maklumat tersebut;
e. Pegawai Aset adalah bertanggungjawab untuk
menentukan prosedur kawalan khas (contohnya:
37 | 1 1 9

