Page 40 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 40
A.4.2 Klasifikasi Maklumat
Objektif: Memastikan setiap maklumat atau aset ICT diberikan tahap perlindungan
yang bersesuaian.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.4.2.1 Pengelasan Maklumat
Maklumat hendaklah dikelaskan oleh Pegawai Pengelas Pegawai Pengelasan
yang dilantik dan ditanda dengan peringkat keselamatan
sebagaimana yang ditetapkan di dalam Arahan
Keselamatan seperti berikut:
1. Rahsia Besar;
2. Rahsia;
3. Sulit; atau
4. Terhad.
A.4.2.2 Pelabelan Maklumat
Prosedur penandaan peringkat keselamatan pada Pegawai Pengelasan
maklumat hendaklah dipatuhi berdasarkan Arahan
Keselamatan yang sedang berkuatkuasa.
A.4.2.3 Pengendalian Maklumat di dalam Aset
Aktiviti pengendalian aset maklumat seperti mengumpul, Pengguna KESUMA
memproses, menyimpan, menghantar, menyampai,
menukar dan memusnah hendaklah mengambil kira
langkah-langkah keselamatan berikut:
1. Menghalang pendedahan maklumat kepada
pihak yang tidak dibenarkan;
2. Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat
dan lengkap dari semasa ke semasa;
3. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;
4. Menjaga kerahsiaan kata laluan;
5. Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis
panduan keselamatan yang ditetapkan;
40 | 1 1 9

