Page 38 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 38
PERKARA TANGGUNGJAWAB
kawalan capaian), kaedah pelaksanaan dan
penyelenggaraan serta menyediakan langkah
pemulihan yang konsisten dengan kerjasama pemilik
aset;
f. Semua pengguna aset ICT mestilah mematuhi
keperluan kawalan yang telah ditetapkan oleh pemilik
aset atau pentadbir sistem. Pengguna adalah terdiri
daripada kakitangan Kementerian (lantikan tetap,
pinjaman, kontrak dan sambilan), konsultan,
kontraktor atau pihak ketiga yang terlibat secara
langsung;
g. Kehilangan/ kecurian aset ICT mestilah dilaporkan
serta merta mengikut prosedur pengurusan
kehilangan/ kecurian aset berpandukan Arahan
Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa;
h. Senarai maklumat aset di Kementerian hendaklah
diwujudkan. Setiap aset perlu ditentukan dengan jelas
dan pemilikan aset mestilah dipersetujui dan
didokumenkan berserta lokasi semasa aset tersebut.
Senarai aset hendaklah disimpan oleh Ketua
Bahagian atau Ketua Jabatan; dan
i. Setiap pengguna adalah bertanggungjawab terhadap
apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset
ICT di bawah seliaannya.
A.4.1.2 Peralatan Mudah Alih dan Kerja Jarak
Jauh
a. Memastikan bahawa tindakan keselamatan yang Pegawai Aset dan
pengguna KESUMA
bersesuaian diambil kira untuk melindungi dari
risiko penggunaan peralatan mudah alih dan
kemudahan komunikasi;
38 | 1 1 9

