Page 18 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 18

4.  Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat

                    terperinci berhubung seni bina sistem, teknologi dan kawalan keselamatan bagi
                    setiap kategori elemen di bawah:


                      a.  Peranti Pengkomputeran Peribadi

                            i.    Peranti Pengkomputeran peribadi merujuk kepada peranti komputer
                                  yang  digunakan  oleh  manusia  untuk  berinteraksi  dengan  sistem.

                                  Contoh  peranti  pengkomputeran  peribadi  ialah  komputer  riba,

                                  telefon pintar, tablet dan peranti storan.


                      b.  Peranti Rangkaian
                            i.    Peranti  rangkaian  merujuk  kepada peranti  yang  digunakan  untuk

                                  membolehkan saling hubung antara peranti komputer dan sistem
                                  seperti switch, router, firewall, peranti VPN dan kabel.

                            ii.   Teknologi  dan  kawalan  keselamatan  yang  dikenal  pasti  untuk

                                  melindungi data-dalam-pergerakan dan menghalang ketirisan data
                                  hendaklah  diperincikan  dalam  Pelan  Pengurusan  Keselamatan

                                  Maklumat.


                      c.   Aplikasi

                            i.    Perisian  aplikasi  digunakan  oleh  manusia  untuk  memproses  dan

                                  berinteraksi  dengan  data.  Contoh  perisian  aplikasi  ialah  pelayan
                                  web, pelayan aplikasi, sistem operasi.

                            ii.   Teknologi  dan  kawalan  keselamatan  yang  dikenal  pasti  untuk
                                  melindungi data-dalam penggunaan, data-dalam-pergerakan, data-

                                  dalam-simpanan  dan  menghalang  ketirisan  data  hendaklah
                                  diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat.























                                                                                                 18 | 1 1 9
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23