Page 23 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 23
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.1.2.2 Peraturan
a. Dilarang mendedahkan maklumat terperingkat dan Pengguna KESUMA
maklumat pengguna serta pihak berkepentingan
dengan Kementerian;
b. Berwaspada dengan hakcipta dan harta intelek pihak
lain dan pihak KESUMA;
c. Penggunaan logo KESUMA hanya dibenarkan
kepada laman media, blog, atau saluran rasmi
KESUMA serta untuk acara atau maklumat rasmi
KESUMA Sahaja;
d. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat,
pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang
berunsur negatif termasuk yang berunsur lucah,
perkauman, ganas atau penghinaan;
e. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat,
pautan, gambar atau apa jua pernyataan fitnah,
ancaman atau berbaur hasutan yang boleh
memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan dan
Institusi Raja;
f. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) yang
berunsur aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan
yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti
pengganas; dan
g. Dilarang memuat naik iklan-iklan berkaitan
perniagaan, pemasaran di laman sosial rasmi
jabatan, bahagian, institut di bawah KESUMA tanpa
arahan atau mendapat kebenaran dari Ketua
Jabatan.
A.1.2.3 Panduan
a. Benar dan tepat: Pastikan fakta, kandungan, Pengguna KESUMA
tatabahasa dan ejaan disemak terlebih dahulu
sebelum disebarkan;
23 | 1 1 9

