Page 27 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 27
PERKARA TANGGUNGJAWAB
d. Memastikan dan menyelaras pelaksanaan pelan
latihan dan program kesedaran mengenai
keselamatan ICT;
e. Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara
selaras dengan keperluan Polisi Keselamatan Siber
(PKS) KESUMA;
f. Memastikan dan melaksanakan program-program
kesedaran mengenai keselamatan ICT;
g. Memastikan Pelan Strategik ICT KESUMA
mengandungi aspek keselamatan siber; dan
h. Memperakui proses tindakan tatatertib ke atas
pengguna yang melanggar Polisi Keselamatan Siber
(PKS) KESUMA.
A.2.1.3 Pengurus ICT
a. Memastikan penyimpanan rekod, bahan bukti dan Pengurus ICT
laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT
KSM dilaksanakan;
b. Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan
segera apabila dimaklumkan mengenai Pentadbir
Sistem ICT yang tamat perkhidmatan, bertukar,
bercuti panjang atau berlaku perubahan dalam bidang
tugas;
c. Menyebarkan amaran terhadap kemungkinan
berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan
memberi khidmat nasihat serta melaksanakan
langkah perlindungan yang bersesuaian;
d. Memaklumkan insiden keselamatan ICT kepada
ICTSO;
e. Mengenalpasti punca ancaman atau insiden
keselamatan ICT dan melaksanakan langkah-langkah
membaik pulih dengan segera;
27 | 1 1 9

