Page 29 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 29
PERKARA TANGGUNGJAWAB
keselamatan ICT dan memperakukan langkah-
langkah baik pulih dengan segera.
A.2.1.5 Pentadbir Sistem ICT
a. Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan Pentadbir Sistem ICT
segera apabila dimaklumkan mengenai personel
yang berhenti, bertukar, bercuti, berkursus panjang
atau berlaku perubahan dalam bidang tugas;
b. Menentukan ketepatan dan kesahihan sesuatu tahap
capaian berdasarkan arahan pemilik sumber
maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di
dalam Polisi ini;
c. Memantau aktiviti capaian sistem aplikasi;
d. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti tidak normal seperti
pencerobohan dan pengubahsuaian data tanpa
kebenaran dan membatalkan atau
memberhentikannya dengan serta-merta;
e. Menganalisis dan menyimpan rekod jejak audit;
f. Menyediakan laporan mengenai aktiviti capaian
secara berkala; dan
g. Bertanggungjawab memantau seliap perkakasan ICT
yang diagihkan kepada personel di dalam keadaan
yang baik.
A.2.1.6 Pengguna KESUMA
a. Membaca, memahami dan mematuhi Polisi ini; Pengguna KESUMA
b. Mengetahui dan memahami implikasi keselamatan
siber kesan daripada tindakannya;
c. Menjalani tapisan keselamatan sekiranya diperlukan
dikehendaki berurusan dengan maklumat rasmi
terperingkat;
d. Mematuhi prinsip-prinsip keselamatan Polisi ini dan
menjaga kerahsiaan maklumat Kerajaan;
29 | 1 1 9

