Page 30 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 30
PERKARA TANGGUNGJAWAB
e. Melaksanakan langkah-langkah perlindungan seperti
yang berikut:
1. Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak
yang tidak dibenarkan;
2. Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat
dan lengkap dari semasa ke semasa;
3. Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;
4. Menjaga kerahsiaan maklumat;
5. Mematuhi dasar, piawaian dan garis panduan
keselamatan siber yang ditetapkan;
6. Melaksanakan peraturan berkaitan maklumat
terperingkat terutama semasa pewujudan,
pemprosesan, penyimpanan, penghantaran,
penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan
7. Menjaga kerahsiaan kawalan keselamatan siber
dari diketahui umum.
f. Melaporkan sebarang aktiviti yang mengancam
keselamatan siber kepada CSIRT KESUMA dengan
segera;
g. Menghadiri program-program kesedaran mengenai
keselamatan siber; dan
h. Bersetuju dan memperaku terma dan syarat yang
terkandung di dalam Polisi ini.
A.2.1.7 Pengguna Luar
Terdiri daripada pembekal, pakar runding dan pihak- Pengguna Luar
pihak yang berkepentingan. Peranan dan tanggungjawab
pengguna luar adalah seperti berikut:
a. Membaca, memahami dan mematuhi PKS
KESUMA;
b. Menjaga kerahsiaan maklumat Kerajaan dan kata
laluan yang diberikan;
30 | 1 1 9

