Page 22 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 22

PERKARA                                 TANGGUNGJAWAB
                b.  Penyebaran  maklumat  dan  dokumen  terperingkat

                     adalah tidak dibenarkan;
                c.   Mengelakkan  daripada  menyentuh  sebarang  isu

                     sensitif dan berunsur fitnah;

                d.  Penglibatan diri dengan aktiviti yang boleh menjurus
                     kepada jenayah siber;

                e.  Penggunaan media sosial untuk tujuan peribadi dan

                     tidak  berkaitan  tugas  rasmi  semasa  waktu  pejabat
                     menerusi  peralatan  ICT  yang  dibekalkan  oleh

                     Kerajaan adalah dilarang;
                f.   Mematuhi  dasar  dan  peraturan  semasa  berkaitan

                     media sosial yang sedang berkuatkuasa; dan
                g.  Memastikan keselamatan media sosial Kementerian

                     dengan  melaporkan  insiden  pencerobohan  kepada

                     penyedia perkhidmatan media sosial.


                Dalam  Garis  Panduan  ini,  tafsiran  yang  diguna  pakai
                adalah seperti berikut:

                a.  Media  sosial  merujuk  kepada  kemudahan  aplikasi
                     Internet  yang  digunakan  untuk  menyampaikan

                     maklumat,  bahan  media,  dan  mewujudkan  interaksi

                     antara  pengguna  dengan  penyelia  kandungan
                     saluran  termasuk  Facebook,  X,  TikTok  Flickr,

                     YouTube, Instagram, Blog, Google+ dan mana-mana

                     media  sosial  yang  tidak  disekat  penggunaannya  di
                     KESUMA; dan

                b.  Media sosial KESUMA merujuk kepada media sosial
                     yang diwujudkan sama ada untuk kegunaan peribadi

                     (dengan menyatakan di dalam profil bahawa pemilik
                     laman  merupakan  pengguna  KESUMA)  atau

                     kegunaan rasmi Bahagian/ Jabatan/Institut di bawah

                     KESUMA.








                                                                                                 22 | 1 1 9
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27