Page 17 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 17

yang  menempatkan  sumber-sumber  teknologi  maklumat  termasuklah  pusat

                    data,  bilik  media  storan,  kemudahan  utiliti  dan  sistem-sistem  sokongan lain.


               4.  KESUMA        bertanggungjawab       melaksanakan       dan    menguruskan      risiko
                    keselamatan ICT  selaras dengan keperluan Surat  Pekeliling  Am  Bilangan 6

                    Tahun  2005:  Garis  Panduan Penilaian Risiko  Keselamatan Maklumat Sektor
                    Awam.  KESUMA  perlu  mengenal  pasti  tindakan  yang  sewajarnya  bagi

                    menghadapi kemungkinan risiko berlaku dengan memilih tindakan berikut:


                     a.    Mengurangkan risiko dengan melaksanakan kawalan yang bersesuaian;

                     b.    Menerima dan/atau bersedia berhadapan dengan risiko yang akan terjadi
                           selagi  ia  memenuhi  kriteria  yang  telah  ditetapkan  oleh  pengurusan

                           agensi;
                     c.    Mengelak  dan/atau  mencegah  risiko  dari  terjadi  dengan  mengambil

                           tindakan  yang  dapat  mengelak  dan/atau  mencegah  berlakunya  risiko;

                           dan
                     d.    Memindahkan  risiko  ke pihak lain seperti pembekal,  pakar  runding  dan

                           pihak-pihak lain yang berkepentingan.




               PELAN PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT



               1.  Setiap pemilik projek di KESUMA hendaklah menyediakan Pelan Pengurusan

                    Keselamatan  Maklumat.  Pelan  ini  mengandungi  maklumat  terperinci  yang
                    menyatakan  keutamaan  aplikasi,  kawalan  capaian  dan  keperluan-keperluan

                    khusus yang lain.


               2.  Pelan  ini  hendaklah  dibangunkan  dengan  berpandukan  Rangka  Kerja

                    Keselamatan  Siber  Sektor  Awam  (RAKKSSA),  Polisi  Keselamatan  Siber
                    KESUMA  dan  surat  pekeliling/arahan  terkini  untuk  menangani  isu-isu  operasi

                    projek.


               3.  Pelan ini hendaklah mengenal pasti perlindungan data-dalam-penggunaan, data-
                    dalam-pergerakan, data dalam-simpanan dan menghalang ketirisan data.






                                                                                                 17 | 1 1 9
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22