Page 15 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 15

penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; dan

                          vii.   Menjaga  kerahsiaan  langkah-langkah  keselamatan  ICT  dari
                                 diketahui umum.



                      d.    Pengasingan


                            Tugas     mewujud,      memadam,       mengemaskini,      mengubah       dan

                            mengesahkan  data  perlu  diasingkan  bagi  mengelakkan  daripada

                            capaian  yang    tidak  dibenarkan    serta    melindungi    aset  maklumat
                            daripada    kesilapan,  kebocoran  maklumat  terperingkat  atau

                            dimanipulasi.  Pengasingan  juga  merangkumi  tindakan  memisahkan
                            antara kumpulan operasi dan rangkaian;



                      e.    Pengauditan


                            Pengauditan  adalah  tindakan  untuk  mengenal  pasti  insiden  berkaitan
                            keselamatan  atau  mengenal  pasti  keadaan  yang  mengancam

                            keselamatan.  Ia  membabitkan  pemeliharaan  semua  rekod  berkaitan
                            tindakan keselamatan. Dengan itu, aset ICT seperti komputer, pelayan,

                            router, firewall dan rangkaian hendaklah ditentukan dapat menjana dan

                            menyimpan log tindakan keselamatan atau audit trail;


                      f.    Pematuhan


                            PKS  KESUMA  hendaklah  dibaca,  difahami  dan  dipatuhi  bagi

                            mengelakkan  sebarang  bentuk  pelanggaran  ke  atasnya  yang  boleh

                            membawa ancaman kepada keselamatan ICT;





















                                                                                                 15 | 1 1 9
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20