Page 11 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 11

PENYATAAN POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA


               1.  Keselamatan  ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan

                    risiko  yang  tidak  boleh  diterima.  Keselamatan  adalah  suatu  proses  yang

                    berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke
                    semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa

                    berubah.


               2.  Keselamatan  ICT  adalah  bermaksud  keadaan  bagi  segala  urusan  menyedia
                    dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan

                    secara berterusan. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu:


                     a.    Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi di KESUMA dari

                           capaian tanpa kuasa yang sah;

                     b.    Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;
                     c.    Memastikan  ketersediaan  maklumat  apabila diperlukan  oleh pengguna;

                           dan
                     d.    Memastikan akses hanya kepada pengguna yang sah atau penerimaan

                           maklumat dari sumber-sumber yang sah.


               3.  PKS  KESUMA  merangkumi  perlindungan  ke  atas  semua  bentuk  maklumat

                    elektronik bertujuan untuk menjamin keselamatan tersebut dan kebolehsediaan
                    kepada  semua  pengguna  yang  dibenarkan.  Ciri-ciri  utama  keselamatan

                    maklumat adalah seperti berikut:


                     a.    Kerahsiaan  - maklumat  tidak  boleh  didedahkan  sewenang-wenangnya
                           atau dibiarkan akses tanpa kebenaran;

                     b.    Integriti - data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan kemaskini. Ia

                           hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan;
                     c.    Tidak boleh disangkal - punca data dan maklumat hendaklah dari punca

                           yang sah dan tidak boleh di sangkal;

                     d.    Kesahihan - data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya; dan
                     e.    Kebolehsediaan - data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-

                           bila masa.





                                                                                                 11 | 1 1 9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16