Page 14 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 14

“perlu  mengetahui”  sahaja.  Ini  bermakna  akses  hanya  akan  diberikan

                           sekiranya peranan atau fungsi pengguna memerlukan maklumat tersebut.
                           Pertimbangan untuk akses adalah berdasarkan kategori maklumat seperti

                           yang dinyatakan di dalam dokumen Arahan Keselamatan perenggan 53;



                      b.    Hak akses minimum
                            Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set yang paling minimum

                            iaitu  untuk  membaca dan/atau melihat  sahaja.  Kelulusan adalah  perlu

                            untuk membolehkan  pengguna  mewujud,  menyimpan,  mengemaskini,
                            mengubah atau membatalkan sesuatu maklumat. Hak akses perlu dikaji

                            dari  semasa  ke  semasa  berdasarkan  kepada  peranan  dan
                            tanggungjawab pengguna/bidang  tugas;



                      c.    Akauntabiliti
                            Semua  pengguna  adalah  dipertanggungjawabkan  ke  atas  semua

                            tindakannya  terhadap  aset  maklumat  KESUMA.  Tanggungjawab  ini
                            perlu  dinyatakan dengan jelas sesuai dengan  tahap sensitiviti sesuatu

                            sumber ICT. Untuk menentukan tanggungjawab ini dipatuhi, sistem ICT
                            KESUMA  hendaklah  menyokong  kemudahan  mengesan                       atau

                            mengesah        bahawa        pengguna       sistem      maklumat      boleh

                            dipertanggungjawabkan  atas  tindakan  mereka.  Akauntabiliti  atau
                            tanggungjawab pengguna termasuklah:



                           i.    Menghalang  pendedahan  maklumat  kepada  pihak  yang  tidak
                                 dibenarkan;

                           ii.   Memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari
                                 semasa ke semasa;

                          iii.   Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;

                          iv.    Menjaga kerahsiaan kata laluan;
                           v.    Mematuhi  standard,  prosedur,  Langkah  dan  garis  panduan

                                 keselamatan yang ditetapkan;
                          vi.    Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa

                                 pewujudan,       pemprosesan,        penyimpanan,       penghantaran,







                                                                                                 14 | 1 1 9
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19