Page 10 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 10

PENGENALAN


               1.  Polisi  Keselamatan  Siber  Kementerian  Sumber  Manusia  (KESUMA)

                    mengandungi  peraturan-peraturan  yang  mesti  dibaca  dan  dipatuhi  semasa

                    menggunakan  aset  maklumat  KESUMA.  Polisi  ini  juga  menerangkan  kepada
                    pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan pengguna dalam melindungi

                    aset maklumat KESUMA. Polisi Keselamatan Siber (PKS) KESUMA disediakan
                    berpandu kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO/IEC 27001:2013.




               OBJEKTIF


               1.  Objektif utama Polisi Keselamatan Siber ini dibangunkan adalah seperti berikut:

                     a.    Memastikan  kelancaran  operasi  KESUMA  dengan  mencegah  serta
                           meminimumkan  kerosakan atau kemusnahan aset maklumat KESUMA;

                     b.    Melindungi  kepentingan  pihak-pihak  yang  bergantung  kepada  sistem

                           maklumat   daripada   kesan   kegagalan   atau   kelemahan   dari   segi
                           kerahsiaan,  integriti    kebolehsediaan,      kesahihan  maklumat  dan

                           komunikasi;

                     c.    Meminimumkan    kos    penyelenggaraan    ICT    akibat    ancaman    dan
                           penyalahgunaan;

                     d.    Meningkatkan  tahap  kesedaran  keselamatan  ICT  kepada  pengguna,
                           pakar runding dan pembekal;

                     e.    Memperkemaskan  pengurusan risiko;
                     f.    Mencegah penyalahgunaan  atau kecurian aset ICT KESUMA; dan

                     g.    Melindungi  aset  ICT  daripada  penyelewengan  oleh  pengguna,  pakar

                           runding dan pembekal.























                                                                                                 10 | 1 1 9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15