Page 9 - Ringkasan Exec v11
P. 9

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 2021-2025





                       TERAS STRATEGIK PENDIGITALAN








                  Teras Strategik Pendigitalan merupakan teras pendigitalan utama kepada  KSM  dalam
                  menentukan perancangan, strategi  pembangunan dan  pelaksanaan  projek-projek
                  pendigitalan bagi menyokong bisnes KSM. Tiga Teras Strategik Pendigitalan yang telah
                  dikenal pasti untuk memacu hala tuju pendigitalan selaras dengan Visi dan Misi PSP KSM.




                                            1. PENGUKUHAN APLIKASI INKLUSIF DAN
                                               BERSEPADU

                                            •  Memperkukuh integrasi aplikasi secara inklusif dan bersepadu
                                                bagi meningkatkan kefungsian  perkhidmatan, keselamatan
                                                dan kawalan maklumat kementerian selaras dengan keperluan
                                                dan teknologi terkini.
                                            •  Memantapkan hab perkongsian  maklumat  kementerian
                                                secara bersepadu dan fleksibel bagi mewujudkan persekitaran
                                                integrasi data yang efektif dan efisien.
                                            •  Mengoptimumkan  capaian  maklumat melalui pengukuhan
                                                platform perkhidmatan digital kementerian bagi meningkatkan
                                                pemanfaatan pendigitalan kepada pelanggan.


                                            2.                                                   PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR

                                               PENDIGITALAN EFISIEN DAN SELAMAT
                                            •  Memperkukuh keupayaan dan kesediaan  infrastruktur
                                                pendigitalan bagi menjamin  penyampaian perkhidmatan
                                                kementerian efisien dan efektif.
                                            •  Mempertingkat kawalan  dan keselamatan infrastruktur
                                                pendigitalan melalui pemerkasaan penggunaan  perisian
                                                pemantauan dan pemanfaatan teknologi kesediaan  pusat
                                                data terkini.




                                            3.                          PEMERKASAAN TADBIR URUS PENDIGITALAN
                                               DAN KOMPETENSI MODAL INSAN
                                            •  Memperkasa  tadbir urus pendigitalan  melalui pengukuhan             HAL
                                                organisasi ICT KSM serta pembangunan polisi dan prosedur
                                                pendigitalan secara komprehensif dan sistematik.                    AMAN
                                            •  Memperkukuh kompetensi modal insan melalui perancangan
                                                dan pembangunan program latihan dan kesedaran                       2
                                                pendigitalan secara berjadual dan sistematik.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14