Page 8 - Ringkasan Exec v11
P. 8

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN





                                       PENGENALAN








          Perancangan  program pendigitalan  adalah  penting bagi  memastikan pelaksanaan
          inisiatif dan projek pendigitalan adalah selari dengan hala tuju dan matlamat organisasi.
          Perancangan strategik tersebut perlulah menfokuskan kepada inisiatif pendigitalan yang
          berkeutamaan dan memberi impak tinggi kepada penyampaian perkhidmatan organisasi.
          Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Sumber Manusia (PSP KSM) telah disediakan
          bagi menggariskan perancangan pelaksanaan  inisiatif  pendigitalan untuk  tempoh lima
          tahun iaitu untuk tahun 2021 hingga 2025. Rangka kerja ini akan menunjukkan hala tuju
          pendigitalan KSM dalam menyokong perancangan strategik KSM 2021-2025  iaitu bagi
          membangunkan  dan melahirkan modal insan  yang kompeten,  produktif,  responsif  dan
          berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan produktiviti negara.
          PSP KSM ini telah mengambil masa selama empat bulan untuk dibangunkan dan digubal
          sepenuhnya iaitu bermula bulan Januari 2022 hingga April 2022.






          VISI




                                     PENDIGITALAN          KSM        PEMACU
                                     KECEMERLANGAN  SUMBER MANUSIA
                                     DALAM PERSEKITARAN DIGITAL









                        MISI




                                                    1.  MEMPERKUKUH             APLIKASI          DAN
                                                       INFRASTRUKTUR PENDIGITALAN   BAGI
                                                       MENDEPANI CABARAN  PEMBANGUNAN
                                                       SUMBER MANUSIA DALAM PERSEKITARAN
                                                       PERKHIDMATAN DIGITAL TERKINI.
                                                    2.  MEMPERKASA              TADBIR           URUS
    HAL
                                                       PENDIGITALAN           DAN       KOMPETENSI
                                                       MODAL INSAN MELALUI PENGUKUHAN
                                                       ORGANISASI          DAN      PEMBANGUNAN
    AMAN
    1                                                  KAPASITI MODAL INSAN BERKEMAHIRAN.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13