Page 7 - Ringkasan Exec v11
P. 7

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 2021-2025





                  KATA ALUAN SETIAUSAHA BAHAGIAN

                                 PENGURUSAN MAKLUMAT









                  Bismillahirrahmanirrahim.
                  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


                  Alhamdulillah dengan izin-Nya, hasil daripada beberapa siri bengkel dan sebahagian
                  sumbang saran bersama warga KSM dan penglibatan pengurusan tertinggi, maka
                  terbentuklah Pelan Strategik Pendigitalan KSM 2021-2025.   Pelan ini telah meletakkan
                  asas yang kukuh berpaksikan kepada 3 teras utama yang mendokong 7 teras strategik
                  Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 serta sejajar dengan Pelan
                  Strategik KSM 2021-2025.


                  Pelan Strategik Pendigitalan ini mempunyai 3 teras iaitu Pengukuhan Aplikasi Inklusif
                  dan Bersepadu, Pengukuhan Infrastruktur Pendigitalan Efisien dan Selamat dan akhir
                  sekali Pemerkasaan Tadbir Urus Pendigitalan dan Kompetensi Modal Insan di KSM.
                  Pelan Strategik Pendigitalan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa visi dan misi
                  KSM menjadi kenyataan iaitu menjadi Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber
                  Manusia yang berteraskan penggunaan teknologi secara optimum.



                  Akhir kata, ucapan penghargaan saya kepada
                  semua pihak yang terlibat dalam memastikan
                  Pelan Strategik Pendigitalan KSM 2021-2025
                  dapat direalisasikan pelaksanaannya.


                  Sekian, terima kasih.

























                  ENCIK ZAKARIA BIN DERAMAN                                                                         HAL
                  SETIAUSAHA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
                                                                                                                    AMAN
                                                                                                                    ii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12