Page 6 - Ringkasan Exec v11
P. 6

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN





                  PERUTUSAN TIMBALAN KETUA

          SETIAUSAHA (OPERASI) MERANGKAP


                 KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)





          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


          Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya KSM telah berjaya
          membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KSM 2021-2025. PSP KSM ini
          merupakan satu dokumen yang menjadi asas rujukan bagi menentukan hala tuju
          strategik kepada kecekapan, produktiviti dan inovasi ke arah meningkatkan kualiti
          penyampaian perkhidmatan selaras dengan visi KSM sebagai “Peneraju Pembangunan
          dan Pengurusan Sumber Manusia Negara”.


          Inisiatif dan program pendigitalan yang dibangunkan dalam pelan ini diharap dapat
          memperkasakan penggunaan digital dalam sistem penyampaian yang akan memberi
          impak besar dan berkesan kepada rakyat.  Menerusi pelan ini, pelbagai aspek penting
          yang akan menyumbang kepada pencapaian pelaksanaan pendigitalan program
          sumber manusia bagi menyokong aspirasi Kerajaan Digital melalui Digital Sustainable
          Development Goal 2030, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan
          Malaysia Ke-12.


          Saya berharap dengan adanya PSP ini, usaha dan kerja warga KSM akan menjadi Iebih
          fokus dan terarah untuk merealisasikan matlamat yang digarap demi kejayaan dan
          kecemerlangan KSM.


          Saya mengucapkan terima kasih kepada
          semua pihak yang terlibat di atas komitmen
          dan usaha dalam merangka, melaksana dan
          memastikan sasaran Pelan Strategik Pendigitalan
          Kementerian Sumber Manusia 2021-2025 ini
          dapat direalisasikan.   Akhir kata, jayakanlah
          perancangan ini dengan penuh keikhlasan dan
          kejujuran demi memenuhi tanggungjawab yang
          kita sama-sama pikul.


          Sekian, terima kasih.
    HAL



          YBHG. DATUK MUHD KHAIR RAZMAN BIN MOHAMED ANNUAR
          TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (OPERASI)
    AMAN
    i     MERANGKAP KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11