Page 15 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 15

MATLAMAT PENUBUHAN KSM


                Pada masa ini fungsi dan peranan KSM boleh dirumuskan kepada 4
                                bidang keberhasilan seperti berikut:





               1       Kajian analisis buruh iaitu kajian analisis data dan statistik
                       perburuhan yang dilaksanakan untuk mengenal pasti hala tuju
                       dan cabaran pasaran buruh serta isu modal insan yang berbangkit.
                       Analisis yang jelas akan menyumbang kepada perancangan dan
                       pembentukan Dasar Perburuhan dan Pembangunan Sumber Manusia
                       yang lebih baik dan berkesan.


              2        Pembangunan dan Pengurusan Modal Insan iaitu peranan
                       Kementerian Sumber Manusia dalam pembangunan dan pengurusan
                       modal insan. Peranan Modal Insan merangkumi aspek pembangunan
                       kapasiti dan kemahiran, penempatan pekerjaan, pewujudan
                       persekitaran industri yang harmoni, keselamatan dan kesihatan
                       pekerjaan serta jaringan keselamatan sosial.


               3       Penguatkuasaan iaitu pelaksanaan dan penguatkuasaan 25 Akta di
                       bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia yang merupakan
                       satu tanggungjawab yang besar. Pemeriksaan berkanun perlu
                       dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa, di samping
                       pemeriksaan mengejut berdasarkan makluman atau aduan awam.
                       Operasi bersepadu bersama jabatan dan agensi lain juga dibuat
                       mengikut keperluan. Pasukan penguatkuasaan khas turut diwujudkan
                       bagi memantapkan lagi peranan KSM.


               4       Tadbir  urus  khidmat  sokongan  dan  kerjasama  strategik iaitu
                       penyampaian perkhidmatan yang berkesan harus didokong oleh
                       tadbir urus dan khidmat sokongan yang mantap dan berintegriti di
                       semua peringkat. Program dan latihan pembangunan kapasiti serta
                       penerapan nilai-nilai murni turut dilaksanakan bagi memperkasakan
                       sumber manusia dari aspek kompeten dan daya tahan, di samping
                       kerjasama strategik di peringkat domestik dan antarabangsa.
                       Kesemua fungsi di atas dilaksanakan oleh 9 jabatan, 12 bahagian/
                       unit serta 6 badan berkanun sama ada secara langsung atau tidak
                       langsung.





                                                                                         5
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20