Page 105 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 105
BIDANG A.14: PEMATUHAN
A.14.1 Pematuhan Terhadap Keperluan Perundangan dan Perjanjian
Kontrak
Objektif: Meningkat dan memantapkan tahap keselamatan ICT bagi mengelak dari
pelanggaran mana-mana undang-undang, kewajipan berkanun, peraturan atau
kontrak yang berkaitan dengan keselamatan maklumat.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.14.1.1 Mengenalpasti Undang-Undang dan
Perjanjian Kontrak
a. Setiap pengguna di KESUMA hendaklah membaca, Semua pengguna
memahami dan mematuhi PKS KESUMA dan
undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang
berkaitan.
b. Senarai perundangan dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pengguna di KESUMA adalah
seperti di Lampiran 4. Perkara yang perlu dipatuhi
adalah seperti berikut:
1. semua perlembagaan, undang-undang, akta,
peraturan, perjanjian yang dimeterai dan lain-lain
perkara yang relevan kepada keselamatan sistem
maklumat dan organisasi hendaklah dikenal pasti,
di dokumentasikan dan dikemas kini;
2. peraturan yang sesuai dilaksanakan untuk
pematuhan ke atas perlembagaan, undang-
undang, akta dan keperluan perjanjian mengenai
penggunaan material yang tertakluk kepada hak
milik harta intelek;
3. rekod penting hendaklah dilindungi daripada
hilang, rosak dan dipalsukan selaras dengan
keperluan undang-undang, peraturan dan
keperluan perjanjian KESUMA;
105 | 1 1 9

