Page 101 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 101
BIDANG A.13: KESELAMATAN MAKLUMAT DALAM
PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN
A.13.1 Keselamatan Maklumat Dalam Kesinambungan Perkhidmatan
Objektif: Keselamatan maklumat hendaklah diberi keutamaan dalam sistem
pengurusan kesinambungan organisasi
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.13.1.1 Rancangan Keselamatan Maklumat
Dalam Kesinambungan Perkhidmatan
KESUMA hendaklah membangunkan pelan CDO dan Pasukan
Pemulihan Bencana
kesinambungan perkhidmatan dan mengenal pasti
aspek keselamatan maklumat. Ini bertujuan
memastikan tiada gangguan kepada proses penyediaan
perkhidmatan organisasi dan mengenal pasti
keselamatan maklumat pada lokasi kesinambungan
perkhidmatan.
A.13.1.2 Pelaksanaan Keselamatan Maklumat
Dalam Kesinambungan Perkhidmatan
a. KESUMA hendaklah mewujud, mendokumentasi, CDO dan Pasukan
Pemulihan Bencana
melaksana dan mengekalkan proses, prosedur serta
kawalan untuk memastikan tahap keselamatan
maklumat bagi kesinambungan perkhidmatan dalam
situasi yang terancam. Perkara berikut perlu diberi
perhatian:
1. Mengenalpasti aspek keselamatan dalam
membangunkan pelan kesinambungan
keselamatan.
2. Mengenalpasti semua aset maklumat,
tanggungjawab, struktur organisasi dan
menetapkan prosedur kecemasan atau
pemulihan amalan terbaik;
101 | 1 1 9

