Page 96 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 96
A.11.2 Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Pembekal
Objektif: Untuk mengekalkan tahap keselamatan maklumat dan penyampaian
perkhidmatan yang dipersetujui selaras dengan perjanjian pembekal.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.11.2.1 Pemantauan dan Kajian Perkhidmatan
Pembekal
KESUMA hendaklah sentiasa memantau, mengkaji Ketua
Bahagian/Jabatan,
semula dan mengaudit perkhidmatan pembekal. Pemilik Projek dan
Perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti Pembekal
berikut:
a. Memantau tahap prestasi perkhidmatan untuk
mengesahkan pembekal mematuhi perjanjian
perkhidmatan;
b. Mengkaji semula laporan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh pembekal dan mengemukakan status
kemajuan; dan
c. Memaklumkan mengenai insiden keselamatan
kepada pembekal dan mengkaji maklumat ini seperti
yang dikehendaki dalam perjanjian.
A.11.2.2 Pengurusan Perubahan Perkhidmatan
Pembekal
Perkara yang perlu diambilkira adalah seperti berikut: Ketua
Bahagian/Jabatan,
a. Perubahan dalam perjanjian dengan pembekal; Pemilik Projek dan
Pembekal
b. Perubahan yang dilakukan oleh KESUMA bagi
meningkatkan perkhidmatan selaras dengan
penambahbaikan sistem, pengubahsuaian dasar dan
prosedur; dan
c. Perubahan dalam perkhidmatan pembekal selaras
dengan perubahan rangkaian, teknologi baru,
produk-produk baru, perkakasan baru, perubahan
lokasi, pertukaran pembekal dan sub- kontraktor.
96 | 1 1 9

