Page 107 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 107
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.14.1.3 Perlindungan Rekod
Merujuk kepada Garis Panduan Pengurusan Rekod Semua pengguna
Elektronik dari Arkid Negara Malaysia, rekod-rekod yang
penting (fizikal atau media) hendaklah dilindungi
daripada kehilangan, kemusnahan, pemalsuan,
pelepasan yang tidak dibenarkan mengikut undang-
undang, peraturan, kontrak, dan keperluan
perkhidmatan/perniagaan. Perkara yang perlu
ditimbangkan ialah:
a. Pengekalan, penyimpanan, pengendalian dan
pelupusan rekod serta maklumat
b. Jadual penyimpanan rekod perlu dikenal pasti
c. Inventori rekod
A.14.1.4 Privasi dan perlindungan maklumat
peribadi
KESUMA perlu mengenal pasti privasi bagi memastikan Semua pengguna
perlindungan maklumat peribadi pengguna dijamin
seperti yang tertakluk dalam undang-undang Kerajaan
Malaysia dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
A.14.1.5 Kawalan Kriptografi
Kawalan kriptografi hendaklah dilaksanakan Semua pengguna
berdasarkan semua perjanjian kontrak, undang-undang,
dan peraturan-peraturan berkaitan.
107 | 1 1 9

