Page 51 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 51
Mekanisme pelaksanaan pemantauan dan penilaian Pelan
5
Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 adalah seperti berikut:
• Setiap inisiatif yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan oleh
peneraju bersama bahagian-bahagian lain yang berkaitan
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Unit Integriti (UI)
KSM akan memastikan bahagian-bahagian peneraju yang
berkaitan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah
ditetapkan.
• Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan
Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 yang
diurusetiakan oleh UI akan bersidang untuk menyelaras
dan meneliti pelaksanaan inisiatif secara berkala; menilai
dan mengenal pasti keberkesanan tindakan/ kelemahan
inisiatif; mengesyor penambahbaikan terhadap inisiatif;
dan menentusahkan serta mengesahkan maklum balas
ke atas inisiatif-inisiatif untuk dikemukakan ke peringkat
Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Kementerian.
41

