Page 50 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 50

MEKANISME PELAKSANAAN, PEMANTAUAN
                    DAN PENILAIAN PELAN ANTIRASUAH

                           ORGANISASI KSM 2021-2025




                         Pelaksanaan  Pelan  Antirasuah  Organisasi  KSM  2021-2025
                1        merangkumi tiga (3) peringkat yang terdiri daripada peringkat

                         kebangsaan, kementerian dan jabatan/agensi di dalam KSM.





                          Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Kebangsaan (JAR) adalah
                2        dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) manakala
                         Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Jabatan mempengerusikan
                         diperingkat kementerian serta jabatan dan agensi.






                         Unit Integriti di sektor awam dan swasta berperanan sebagai
                3        penggerak kepada pelaksanaan inisiatif antirasuah. Hubungkait

                         antara 3 lapisan ini adalah mustahak  dalam menggerakkan
                         pelaksanaan, pelaporan dan semakan pelan ini. Ianya juga
                         merupakan kaedah kordinasi kesefahaman bersama, dasar yang

                         jitu, garapan dan komitmen terhadap penggunaan sumber
                         terhad secara optimum dan berintegriti.





                         Intipati  strategi pelaksanaan  pelan  ini akan  merangkumi
                4        inisiatif-inisiatif antirasuah kementerian ini. Hasil melalui

                         pemantauan berterusan bersama-sama bahagian dan unit
                         secara berkala akan diguna pakai bagi meneliti dan menilai
                         prestasi pelaksanaan inisiatif melalui pendekatan sistematik

                         yang telah dibangunkan oleh GIACC.







              40
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55