Page 39 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 39
3
PEROLEHAN KEMENTERIAN
Mengikut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD),
perolehan awam merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan
dan kerja oleh kerajaan dan perusahaan milik awam.
Oleh kerana perolehan awam melibatkan sejumlah besar wang pembayar
cukai, kerajaan perlu melaksanakannya dengan cekap agar kepentingan
awam dilindungi. Perolehan merupakan salah satu bidang dalam kerajaan
yang paling terdedah kepada rasuah dan pelbagai kegiatan haram.
4
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Penguatkuasaan undang-undang merujuk kepada sistem yang telah
disusun untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap mereka yang
melanggar peraturan dan norma-norma yang mengawal masyarakat.
Agensi penguatkuasaan undang-undang amat komited dalam mengenal
pasti penyelesaian dan melaksanakan tindakan untuk mengurangkan
kadar jenayah demi kesejahteraan rakyat.
Kebanyakan agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia sering
dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa, campur tangan oleh pihak
eksekutif, kurangnya kebebasan dan integriti dalam pentadbiran yang
akhirnya mendedahkan mereka kepada rasuah.
Penguatkuasaan undang-undang dengan itu harus dikaji semula bagi
membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab berdasarkan prinsip
kedaulatan undang- undang.
29

