Page 38 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 38

BIDANG-BIDANG BERISIKO




               1





                   TADBIR URUS KEMENTERIAN
                   Tadbir Urus Kementerian secara umum merujuk kepada sistem peraturan,

                   amalan dan proses tentang bagaimana sesebuah organisasi kementerian
                   diurus, diteraju serta dikawal pengurusannya.


                   Menurut prinsip tadbir urus yang baik oleh Pertubuhan Kerjasama

                   Ekonomi dan Pembangunan (OECD), tadbir urus kementerian yang baik
                   dapat membantu memastikan kementerian menggunakan modal dengan
                   cekap dan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak di mana mereka
                   beroperasi. Dengan menjadikan kementerian bertanggungjawab kepada

                   masyarakat secara tuntasnya beroperasi demi kepentingan masyarakat
                   secara keseluruhannya.





               2






                   PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
                   Sektor awam mencakupi pengurusan hal ehwal pentadbiran di bawah
                   kawalan kerajaan. Penyampaian perkhidmatan awam dilihat sebagai

                   faktor  penting yang  mencerminkan  imej  negara.  Asas bagi  sektor
                   pentadbiran awam terletak pada fungsi teras kerajaan untuk memastikan
                   bahawa masyarakat pada umumnya menikmati hak mereka melalui
                   penyampaian perkhidmatan yang disediakan, hasil dasar dan nilai cukai.

                   Adalah perlu untuk mengambil pendekatan yang lebih luas dan sistematik
                   serta membangunkan dasar yang sesuai dalam menguruskan kecekapan
                   sektor awam demi meningkatkan kebertanggungjawabannya.



              28
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43