Page 118 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 118

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KOMUNITI KESELAMATAN
                        ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN YANG BERURUSAN DENGAN
                 PERKHIDMATAN AWAM ATAU YANG BERKHIDMAT DI KEDIAMAN RASMI
                      KERAJAAN APABILA TAMAT KONTRAK PERKHIDMATAN DENGAN
                  KERAJAAN BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]



               Perhatian  saya  telah  ditarik  kepada  peruntukan-peruntukan  Akta  Rahsia  Rasmi  1972  [Akta  88]  dan
               saya  faham  dengan  sepenuhnya  akan  segala  yang  dimaksudkan  dalam  Akta  itu.  Khususnya  saya
               faham  bahawa  menyampaikan,  menggunakan  atau  menyimpan  dengan  salah  dan  tidak  menjaga
               dengan  cara  yang  berpatutan  sesuatu  rahsia  rasmi  dan  suratan  rasmi  atau  apa-apa  tingkah  laku  yang
               membahayakan  keselamatan  atau  kerahsiaan  sesuatu  rahsia  rasmi  adalah  menjadi  suatu  kesalahan  di
               bawah  seksyen  8  Akta  tersebut,  yang  boleh  dihukum  dengan  penjara  selama  tempoh  tidak  kurang
               daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh tahun.


               Dengan  ini  menjadi  satu  kesalahan  di  bawah  Akta  tersebut  bagi  saya  menyampaikan  dengan  tiada
               kebenaran  apa-apa  rahsia  rasmi  atau  suratan  rasmi  kepada  mana-mana  orang  lain,  sama  ada  atau
               tidak  orang  itu  memegang  jawatan  dalam  perkhidmatan  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-Pertuan  Agong
               atau  mana-mana  Kerajaan  Malaysia,  dan  sama  ada  di  Malaysia  atau  di  negara  luar,  sebelum  dan
               selepas  saya  tamat  kontrak  perkhidmatan  dengan  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-Pertuan  Agong  atau
               dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia.

               Saya  mengaku  bahawa  tidak  lagi  ada  dalam  milik  saya  atau  kawalan  saya  apa-apa  perkataan  kod
               rasmi,  isyarat  timbal,  atau  kata  laluan  rasmi  yang  rahsia,  atau  apa-apa  benda,  suratan  atau  maklumat,
               anak  kunci,  lencana,  alat  meteri,  atau  cap  bagi  atau  yang  dipunyai,  atau  diguna,  dibuat  atau  diadakan
               oleh  mana-mana  jabatan  Kerajaan  atau  oleh  mana-mana  pihak  berkuasa  diplomat  yang  dilantik  oleh
               atau  yang  bertindak  di  bawah  kuasa  Kerajaan  Malaysia  atau  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-Pertuan
               Agong yang tidak dibenarkan berada dalam milikan atau kawalan saya.



                Tandatangan                   :

                Nama (huruf besar)            :

                No. Kad Pengenalan/ Pasport   :

                Jawatan                       :

                Jabatan/Organisasi            :

                Tarikh                        :

                Disaksikan oleh



                                                                    (Tandatangan)

                Nama (huruf besar)            :

                No. Kad Pengenalan/ Pasport   :

                Jawatan                       :

                Jabatan/Organisasi            :

                Tarikh                        :

                Cap Jabatan / Organisasi







                                                                                               118 | 1 1 9
   113   114   115   116   117   118   119   120   121