Page 117 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 117
PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KOMUNITI KESELAMATAN
ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN YANG BERURUSAN DENGAN
PERKHIDMATAN AWAM ATAU YANG BERKHIDMAT DI KEDIAMAN RASMI
KERAJAAN BERKAITAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88]
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan
Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang
dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau
menyimpan dengan salah dan tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia rasmi dan
suratan rasmi atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau kerahsiaan sesuatu
rahsia rasmi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta tersebut, yang boleh dihukum
dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih daripada tujuh
tahun.
Saya faham bahawa segala rahsia rasmi dan suratan rasmi yang saya peroleh semasa berurusan
dengan perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana
Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan atau
menyampaikan, sama ada secara lisan, bertulis atau dengan cara elektronik kepada sesiapa jua dalam
apa-apa bentuk, sama ada dalam masa atau selepas berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan
mengaku akan menandatangani satu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila urusan dengan
perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan
dalam Malaysia telah selesai.
Tandatangan :
Nama (huruf besar) :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Jabatan / Organisasi :
Tarikh :
Disaksikan oleh
(Tandatangan)
Nama (huruf besar) :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :
Jabatan / Organisasi :
Tarikh :
Cap Jabatan / Organisasi
117 | 1 1 9

