Page 7 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 7
dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) agar
usaha-usaha pengukuhan integriti, governan
dan antirasuah yang dirancang berjaya
dilaksanakan.
Saya amat mengharapkan agar semua warga
KSM memberi kerjasama erat dan
sokongan padu bagi pelaksanaan OACP
yang mana mampu memberi impak
positif serta menjadikan KSM sebuah
organisasi yang berintegriti dan
bebas rasuah. Selain itu, ianya akan
menaikkan imej dan meningkatkan
keyakinan masyarakat terhadap
sistem penyampaian perkhidmatan
KSM yang lebih cekap, efisyen dan
berkesan berpaksikan prinsip integriti
dan tadbir urus yang baik.
Sekian, terima kasih.
DATO’ JAMIL BIN RAKON
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
V

