Page 58 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 58
KESIMPULAN
eiring dengan aspirasi negara untuk menjadikan kementerian bebas rasuah,
SKSM sentiasa komited dan berusaha memperkasakan langkah-langkah
memperkukuhkan integriti dan tindakan penambahbaikan dalam amalan
pencegahan rasuah dengan membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi KSM
2021-2025. Langkah ini dibuat sejajar dengan usaha kerajaan memantapkan
governan, integriti dan antirasuah dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan dengan pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023.
Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 ini telah menggariskan 22 inisiatif
yang merangkumi empat (4) bidang keutamaan, empat (4) strategi dan empat
(4) objektif strategik. Pelan ini diyakini mampu mencegah amalan rasuah
dan salah laku tadbir urus dan integriti dengan kerjasama erat semua warga
kementerian dan pemegang taruh. Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025
yang digubal untuk tempoh lima (5) tahun bermula tahun 2021 hingga 2025
akan sentiasa dipantau dan dikaji keberkesanannya dari semasa ke semasa.
Maklum balas berterusan daripada semua pihak sangat diperlukan supaya
inisiatif yang ditetapkan ini sentiasa bersesuaian dengan persekitaran semasa
serta bertepatan dengan keperluan strategik negara
Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 ini berfungsi sebagai panduan dan
rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memantapkan governan,
integriti dan antirasuah warga KSM selaras dengan visi Pelan Antirasuah
Organisasi KSM 2021-2025 KSM iaitu ‘Ke Arah Kementerian Bebas Rasuah dan
Berintegriti Tinggi’.
48

