Dasar Pemisah
- Category: Dasar Pemisah
- Hits: 22941
DASAR PEMISAH :
Dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam
PRESTASI RENDAH :
- Nilaian prestasi tahunan kurang daripada 60%
- KPI di bawah sasaran (below target)
RASIONAL PELAKSANAAN DASAR PEMISAH
- Mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi.
- Meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini dan akan datang.
- Mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti.
ASAS PENETAPAN MARKAH LNPT < 60%
- Pencapaian Prestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan lemah
- Penghasilan kerja yang tidak mencapai standard yang ditetapkan
- Mempunyai kurang pengetahuan / kemahiran untuk melaksanakan tugas
- Memiliki kualiti peribadi dan disiplin di bawah tahap yang diharapkan
SPP 2/2009 -Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam