Profil Korporat
- Category: Profil Korporat
- Hits: 47290
Sejarah Penubuhan
Unit Pengurusan Psikologi mula diwujudkan di KSM pada tahun 2008 yang menempatkan seorang Pegawai Psikologi. Sehingga kini, unit ini dianggotai seramai 2 orang Pegawai Psikologi dan seorang Penolong Pegawai Psikologi.
Tujuan utama pengwujudan unit ini di semua kementerian dan jabatan adalah untuk membangunkan modal insan dengan penerapan aspek psikologi dan kaunseling.
Visi, Misi Dan Objektif
Visi: Pemangkin perkhidmatan psikologi ke arah memantapkan modal insan yang sejahtera dan cemerlang.
Misi: Menjadi perancang, pemudahcara, penyelaras dan pelaksana aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang berkualiti.
Objektif: Menyumbang kepada usaha kerajaan secara berkesan dan efisien dalam perancangan dan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir, cekap, berdisiplin dan inovatif.
Fokus Perkhidmatan Psikologi
Carta Organisasi
Pencapaian 2017
ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG BAGI PENCAPAIAN STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) TAHUN 2017 DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Pencapaian 2018
ANUGERAH AKRAB ORGANISASI KATEGORI INOVATIF DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Akta & Pekeliling
- Akta Kaunselor 1998
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam
- Pekeliling Bilangan 11 Tahun 2006 – Perisytiharan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor
- Pekeliling Bilangan 29 Tahun 2007 – Perubahan Skim-Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor Kepada Pegawai psikologi dan Penolong Psikologi
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2009: Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan
- Surat Edaran Bertarikh 25 November 2013 – Garis Panduan Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 PP Bil.07/2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018: Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja