31 MEI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia hari ini telah mengadakan Sesi Dialog bersama Perak Chinese Chamber of Commerce & Industry (PCCCI) dan Palm Oil Millers Association (POMA) bertempat di Ipoh, Perak. Sesi Dialog ini diadakan bagi berbincang mengenai isu-isu buruh terutamanya berkaitan kebajikan pekerja. Sesi Dialog ini turut dihadiri oleh YB A. Sivanesan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak dan YB Dr. Ko Chung Sen, ADUN Kepayang.
29 MEI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia hari ini telah menyempurnakan Majlis Iftar PERKESO 2019 yang diadakan bagi meraikan golongan ibu tunggal & anak yatim yang berada di bawah tanggungan PERKESO.
Di samping itu, majlis ini juga adalah untuk meraikan warga media yang sentiasa memberi kerjasama berterusan kepada PERKESO dalam usaha membantu mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh PERKESO.
30 MEI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, telah mempengerusikan satu mesyuarat di antara Kementerian Sumber Manusia dan Duta-Duta Besar serta Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu-isu buruh, pagi tadi di Putrajaya.
28 MEI 2019 - Satu meja bulat di antara Kementerian Sumber Manusia dan Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) telah diadakan di Putrajaya bagi bertukar pendapat dan cadangan berkenaan pindaan akta-akta Kementerian khususnya yang berkaitan dengan kesatuan sekerja.