25 Ogos 2018 : Pesta Kerjaya OKU 2018 telah dianjurkan oleh Yayasan Sultan Idris Shah dan Persatuan Daybreak bersama JobsMalaysia Perak, di Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak pagi ini. YB Encik A. Sivanesan, anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Mewakili Menteri Besar Perak, YAB Tuan Ahmad Faizal Dato' Azumu telah hadir merasmikannya. Turut hadir YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia.

Pesta kerjaya ini bertujuan memberi peluang kepada golongan OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan mereka.

Sekurang-kurangnya 200 peluang pekerjaan kepada golongan OKU dalam pelbagai sektor terutama bidang latihan dan pembangunan kemahiran ditawarkan dalam pesta yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Perak.

14 Ogos 2018 : Majlis menandatangani memorandum persetujuan diantara syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn.Bhd. bersama 23 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini telah diadakan di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Pihak syarikat telah bersetuju untuk memenuhi tuntutan pekerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 iaitu untuk dipulihkan semula ke pekerjaan asal.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Ybrs. Tuan Haji Khalid Bin Jali, CEO Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn.Bhd. , Tuan Haji Rosli & Setiausaha Agung Transport Worker Union (TWU), Tan Sri Zainal Rampak.

Terdahulu, syarikat pengurusan Nadi Putra itu telah mengeluarkan notis makluman menyatakan perkhidmatan itu tidak beroperasi kerana menghadapi masalah dengan pemandu yang dikatakan tidak mahu bekerja. Perkhidmatan bas Nadi Putra dilaporkan semakin merosot apabila gagal mematuhi jadual perjalanan, selain banyak bas didakwa mengalami kerosakan dipercayai kerana gagal diselenggara dengan baik.

14 Ogos 2018 : Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah diadakan di Parlimen Malaysia hari ini. Mesyuarat antara lain memutuskan untuk pihak kerajaan mewujudkan satu sistem tunggal pengambilan khidmat pekerja asing, tanpa membezakan mengikut negara.

Turut serta YAB, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Tuan M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia, dan beberapa menteri kabinet yang lain.

Turut dinyatakan bahawa kerajaan akan mewujudkan jawatanakuasa bebas yang akan dipengerusikan sama ada oleh pegawai tinggi kerajaan, bekas hakim atau ketua setiausaha, yang diurusetiakan oleh Institute of Labour Market Information and Analysis (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia, untuk melihat semula polisi dan pengurusan pekerja asing.

11 Ogos 2018 : Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2018 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Majlis perasmian Sidang 1 telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Sidang 2 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ), Kementerian Sumber Manusia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Mahfuz Omar beliau berharap agar CIAST terus dapat melahirkan tenaga pengajar yang bertaraf dunia, berpengatahuan, kompeten, berdisiplin serta responsive terhadap persekitaran dan teknologi yang seterusnya dapat merealisasikan visi CIAST sebagai organisasi yang mampu membangunkan tenaga pengajar bertaraf dunia dalam bidang kemahiran. 

 

Seramai 2,504 graduan penerima diploma dan sijil telah diraikan dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada para graduan.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!