5 September 2018 : Kontinjen Malaysia yang menyertai Pertandingan Kemahiran Asean atau ASC2108 yang diadakan di Bangkok dari 26 Ogos hingga 4 September 2018 telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada petang 5 September 2018 yang lalu. Kontinjen negara hanya memenangi 4 pingat Emas, 1 Perak dan 5 gangsa dalam 24 bidang kemahiran yang disertai, berbanding sasaran 10 pingat emas. Seramai 21 peserta Kontinjen negara turut memperolehi Medallion For Excellence atas pencapaian yang membanggakan.
Kepulangan mereka telah disambut dengan meriahnya oleh Y Menteri Sumber Manusia, YB Timbalan serta pegawai kanan Kementerian dan agensi terlibat kaum keluarga serta kenalan peserta. Namun YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapannya berharap agar pencapaian ini menjadi mencetus semangat untuk membuat yang lebih baik dalam penyertaan pertandingan akan datang.
Kontinjen Malaysia terdiri daripada 48 peserta serta 30 orang jurulatih atau pakar yang mengiringinya. Mereka terpilih mewakili negara menerusi pelbagai pertandingan kemahiran yang dianjurkan dalam negara bagi setiap dua tahun sebelum ini.
28 Ogos 2018 : Ybhg Dato' Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ) Kementerian Sumber Manusia, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Ketidakupayaan dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya ( OKU ) dalam Pekerjaan 2018 bertempat di Menara SSM KL Sentral, Kuala Lumpur.
Objektif utama penganjuran seminar yang diadakan pada 28 hingga 30 Ogos ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ketidakupayaan serta keperluan OKUdalam aspek perubatan dan sektor pekerjaan. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan sikap positif di kalangan peserta tentang kompetensi dan kebolehpasaran golongan OKU dalam sektor pekerjaan yang melibatkan pengurusan dan latihan kemahiran.
Seminar ini yang turut disertai YB Senator Puan Bathmavathi Krishnan, Ahli Dewan Negara telah dihadiri seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU), wakil Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KSM, Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan, Persatuan-persatuan OKU & NGO, Syarikat Multinasional (Teknologi Maklumat) dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar OKU dan Ahli Akademik Universiti-universiti Awam.
31 Ogos 2018 : Seramai 30 warga Kementerian Sumber Manusia dari berbagai Bahagian, Jabatan serta Agensi di dalam KSM dan diketuia oleh Ybhg TKSU ( Dasar ), Dato’ Amir Omar telah menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-61 yang diadakan di Dataran Perbadanan Putrajaya. Mereka juga merupakan sebahagian daripada 900 anggota perkhidmatan awam dari pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang membentuk Kontinjen Anggota Perkhidmatan Awam.
Dengan lengkap berpakaian serba putih, seluar dan kasut hitam, mereka berkumpul seawal 5.00pagi dan gah berarak dalam pasukan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Hari Kebangsaan Ke-61 dengan tema Sayangi Malaysiaku merupakan sambutan kali pertama kerajaan di bawah pemeritahan baru Pakatan Harapan. Orang ramai sejak awal pagi lagi telah hadir membanjiri kawasan perarakan di Putrajaya bagi menyaksikan sendiri sambutan yang buat kali ke-dua pernah diadakan di Putrajaya.
Dengan laungan "Malaysia Boleh!" sebanyak 3 kali oleh YB M. Kulasegaran. Menteri Sumber Manusia, maka sempurnalah Majlis Pelepasan Kontinjen Malaysia untuk berentap merebut kejuaraan di Asean Skills Competition (ASC) 2018 pada 26 Ogos hingga 4 September 2018 di Bangkok, Thailand. Turut mengiringi beliau di KLIA adalah YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
48 peserta yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Encik Nidzam Kamarulzaman itu mensasarkan kejayaan memperolehi lebih daripada 10 pingat emas dalam 24 kategori pertandingan yang disertai. Peserta negara dipilih menerusi pemenang Malaysian Skills Competition yang melibatkan pelajar pelbagai pusat latihankemahiran termasuk politeknik dan kolej komuniti.
Pertandingan dwi-tahunan ini mula diperkenalkan pada tahun 1995 untuk membangun dan mempertingkakan kemahiran di kalangan belia dan pekerja di peringkat antarabangsa. Dalam edisi 2016 y ang diadakan di Malaysia, kontingen negara telah memperolehi 22 pingat emas dalam 24 kategori yang dipertandingan. Kepada peserta Kontinjen Malaysia ke ASC2018, semoga berjaya dan Malaysia Boleh !!