27 September 2018 : Hari Anugerah PLWS 2018 Piala Menteri Sumber Manusia telah dirasmikan oleh YB M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di Eastin Hotel, Kuala Lumpur.  Mengulas mengenai pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti ( PLWS ), YB Kulasegaran menjelaskan ia satu mekanisme menghubungkan produktiviti dengan prestasi dan ganjaran individu berlandaskan situasi 'menang-menang' antara majikan dan pekerja.

Pelaksanaan PLWS juga boleh dilihat sebagai inisiatif terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara kembali berkhidmat di tanah air. Dianggarkan terdapat lebih daripada 700,00 warga Malaysia yang berkemahiran tinggi bekerja di luar negara dalam pelbagai bidang.

Tambah YB Kulasegaran lagi, sudah tiba masanya untuk mereka kembali menyumbang kepada negara berasaskan situasi menang-menang antara pekerja, majikan serta kerajaan. Setakat Ogos 2018, sebanyak 84,249 syarikat telah melaksanakan PLWS yang melibatkan 4.1 juta pekerja.

22 September 2018 : Program Ramah Mesra YB Menteri Sumber Manusia bersama warga Kementerian yang bertemakan Gaya Hidup Selamat Dan Sihat telah diadakan di beberapa tempat sekitar Bandaraya Ipoh pada 21 dan 22 September lalu. Bermula dengan Ceramah Pemakanan Sihat di ILP Ipoh, diikuti dengan program pendakian Bukit Klebang setinggi 808 meter.

Menurut YB Menteri, gaya hidup selamat dan sihat akan menjadikan masyarakat dan pekerja yang lebih sihat serta mampu melakukan kerja dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan produktiviti. Semua pihak perlu menyertai pelbagai aktiviti sihat dan berfaedah seperti program pendakian yang dianjurkan. Rakyat Malaysia adalah antara yang paling gemuk berbanding negara lain iaitu lebih kurang 46 peratus yang obese dan menghidapi pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan juga Warga Kerja Kementerian Sumber Manusia dari pelbagai Jabatan dan Agensi Di dalam Kementerian Sumber Manusia di Perak..

24 Sept 2018 : YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Hj Mahfuz Omar telah merasmikan persidangan dan pemeran 21st Conference and Exhibition On Occupational Safety And Health dengan tema 'Enhancing OSH In New Digital Era'. Program tahunan ini berlangsung selama dua hari yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 perserta serta kira-kira 100 syarikt pempamer berkaitan.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri berharap semua pihak terus berusaha mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihataan pekerjaan dan menjadikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebagai amalan dalam budaya Malaysia.

Menurutnya lagi, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda bagi memperkemaskan lagi peraturan sedia ada mengikut keperluan semasa. Pindaan yang dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini akan menjadi “game-changer” terhadap keberkesanan penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pematuhan oleh pihak majikan dan pekerja.

14 September 2018 : Majlis Pelancaran Portal JobsMalaysia 2.0 telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Manusia di Pusat JobsMalaysia Cyberjaya.Portal JobsMalaysia2.0 merupakan portal 'One Stop Centre’ pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan. Selain boleh diakses menerusi www.JobsMalaysia.gov.my, aplikasi boleh di download Google Play atau dari Apple Store.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dalam aucapan perasmiannya berkata, portal baharu itu menampilkan ciri pemadanan automatik dan mengesyorkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dan tawaran peluang tersebut diemel kepada calon. Selain berupaya menampung sehingga 19 juta pengguna berdaftar dan mampu mengendalikan 40,000 capaian secara serentak dalam satu-satu masa, ia juga dilengkapi dengan ciri ujian minat kerjaya berasaskan psikometrik sebagai panduan kepada pemohon dalam menentukan kerjaya.

Beliau juga berharap agar portal ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh majikan dan pencari kerja kerana kos pengiklanan kekosongan pekerjaan oleh majikan dan pendaftaran data peribadi serta butiran bidang pekerjaan yang didaftarkan pencari pekerja ialah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!