27 Oktober 2018 : Sejumlah 26,178 daripada 64,814 buah lif yang berdaftar dengan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di seluruh Malaysia telah dibuat pemeriksaan sejak awal tahun ini. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, didapati kesemua lif berfungsi dan mematuhi standard rekabentuk serta pemasangan yang ditetapkan oleh pihak JKKP; dan sekiranya terdapat lif yang tidak mencapai standard yang dibenarkan, arahan penambahbaikan telah dikeluarkan oleh pihak JKKP.

Ini dijelaskan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga merangkap Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), dalam ucapan beliau semasa menyempurnakan Kempen Keselamatan Penggunaan Lif Peringkat Kebangsaan 2018 di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Beliau turut menekankan kepentingan pihak pemunya premis untuk memastikan setiap lif yang dipasang di premis mereka diselenggara mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan dan sentiasa beroperasi dalam keadaan yang baik tanpa wujudnya risiko kepada keselamatan para pengguna.

Pemunya bangunan bertanggungjawab untuk melantik Firma Yang Kompetan dan juga Orang Yang Kompeten yang diiktiraf oleh JKKP bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas lif, namun, pada masa yang sama, para pengguna juga diingatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan lif secara betul dan berhemah



4 Oktober 2018 : Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 teah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, Timbalan Menteri Kerja Raya YB Mohd Anuar Mohd Tahir dan Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Dato’ Mahfuz Omar.

Dalam ucapannya, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pemain industri agar bergiat lebih aktif membantu Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mewujudkan modal insan yang mampu membawa Malaysia ke arah negara maju serta menjadi 'harimau dunia'. Katanya lagi, penglibatan pihak industri khususnya dalam pertandingan kemahiran seperti WorldSkills Malaysia dapat meningkatkan kompetensi dan kualiti tenaga kerja mahir negara.

Dalam majlis itu, Dr Mahathir turut menyampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 bagi kategori Belia dan Pengajar. Bagi kategori belia, anugerah itu dimenangi pelajar DRB-HICOM University of Automotive Malaysia Simon Wong Tian Bing manakala kategori Pengajar dimenangi Mohamad Alim Nulhakim dari Institut Latihan Perindustrian Jitra. Pemenang masing-masing menerima hadiah wang berjumlah RM10,000 dan piala. Anugerah tertinggi itu diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan pada pertandingan WorldSkills Malaysia yang diadakan pada 20 Sept hingga 2 Okt lepas.


6 Oktober 2018 : Program Job Fair @ UTC 5.0 telah dilancarkan serentak di tiga belas ( 13 ) lokasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Ini adalah sebahagian daripada komited kerajaan untuk menawarkan sebanyak mungkin pekerjaan kepada pencari kerja.

YB Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam ucapan perasmiannya ketika melancarkan Program Job Fair @ UTC 5.0 Kedah, Alo Setar berkata kerajaan akan terus mencari kaedah terbaik untuk menyediakan peluang pekerjaan dan berharap rakyat tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan dalam sektor awam yang kini dilihat semakin terhad. Pencari kerja juga disaran meneroka sektor swasta atau melakukan perubahan untuk bekerja sendiri sebagai usahawan. Sebab itu, kerajaan amat menitikberatkan pendidikan kemahiran untuk golongan muda agar mereka menjadi usahawan berjaya selepas menamatkan pengajian.

Dianggarkan terdapat sebanyak 20,000 kekosongan pekerjaan ditawarkan melibatkan 350 majikan pada Program Job Fair @ UTC 5.0 yang diadakan serentak di seluruh negera. Manakala Di UTC Kedah sahaja terdapat lebih 1,200 kekosongan.

29 Sept 2018 : Karnival Pekerjaan, Kemahiran Dan Keusahawanan Parlimen Pokok Sena 2018 telah berlangsung di SM Sains Pokok Sena yang di rasmikan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Hj Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

YB Dato’ Hj Mahfuz dalam ucapannya mengibaratkan kehadiran KSM serta majikan dalam mana-mana karnival kerjaya atau pekerjaan secara ‘outreach’ yang diadakan adalah umpama turun membawa tepak sireh meminang hingga ke pintu tangga untuk menyediakan peluang pekerjaan. Beliau berharap rakyat mengambil peluang ini dalam meningkatkan taraf hidup, tidak terusan bergantung kepada keluarga dan sekali gus mengurangkakan kadar pengangguran negara.

Sebanyak 5 majikan telah hadir dengan menawarkan lebih daripada 700 peluang pekerjaan. Dalam majlis tersebut YB Dato’ Hj Mahfuz juga menyampaikan Geran Skim Bantuan Galakkan Perniagaan OKU dan sumbangan kepada penduduk Pokok Sena. Turut hadir ialah YBhg Dato Amir Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg Dato Mohd Jefrey Joakim Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Smeenanjung dan YB Dr Salmee Said, Exco Pendidikan dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!