23 Januari 2019 : Majlis Amanat Tahun Baru 2019 Kementerian Sumber Manusia telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Sumber Manusia mulai 8.30pagi tadi. Amanat Tahun Baru telah disampaikan sendiri oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Turut hadir ialah YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ketua Setiausaha Kementerian serta kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Menurut YB M. Kula Segaran, "Sebagai sebuah organisasi yang besar, saya harap semua bahagian, jabatan dan agensi KSM sentiasa bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ini supaya setiap dasar dan program yang kita laksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan. “Execution is really the critical part of a successful strategy. Getting it done, getting it done right, getting it done better” adalah cabaran yang kita perlu hadapi. Ini memerlukan usaha yang kuat dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak”.

5 Januari 2019 : Kementerian Sumber Manusia akan memperluaskan Program Bersiri Kementerian Sumber Manusia Bersama Rakyat ( Kaunter Khidmat Rakyat ) dalam usaha untuk membawakan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi di bawah Kementerian dekat kepada rakyat.

Menurut YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, dengan cara itu rakyat akan dapat menyalurkan sebarang aduan dan masalah selain mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan kementerian tanpa perlu hadir ke Putrajaya mahupun ke bandar-bandar utama. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Bersiri Kementerian Sumber Manusia Bersama Rakyat di Pasar Awam Brinchang, Cameron Highland.

Pada ketika kini Hari Bersama Pelanggan diadakan pada setiap Selasa, dari 8.00 – 10.00 pagi di Ibu Pejabat, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya yang turut melibatkan ekurang-krangnya enam agensi di bawah kementerian selain dua buah agensi lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Ini termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

15 Januari 2019 : Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KSM 2019 akan diadakan pada setiap hari Selasa, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hari Bertemu Pelanggan yang mula diadakan pada 15 Januari 2018 iaitu pada setiap Hari Selasa, bertempat di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan mengenai pengurusan sumber manusia bagi memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat. 

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar setiap Bahagian dan Jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia. Dalam Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 15hb lalu, YBhg Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut hadir bersama bertemu pelanggan. Antara permasalahan serta aduan yang diterima adalah mengenai pemberhentian pekerjaan, kelulusan pengambilan pekerja asing dalam pelbagai sektor serta pekerja yang melanggar polisi syarikat.

Buat pertama kali Malaysia mencipta nama di rantau Asia yang meliputi 11 buah negara ahli dalam pertandingan Worldskill Asia 2018 yang telah diadakan di Abu Dhabi, United Arab Emirate pada 27hb hingga 29 November 2018. Kontingen negara telah memenangi 3 Pingat Emas, 3 Pingat  Perak serta 5 Medallion Of Excellent.

Kemenangan 3 pingat Emas adalah dalam bidang Refrigeration & Air Conditioning, Car Painting dan Welding. Manakala 3 pingat Perak dimenangi menerusi bidang Mechanical Design Eng. CAD, Painting & Decorating dan Fashion Technology. Sementara tambahan 5 pingat Medallion Of Excellent menjadi pembakar semangat kontinjen negara untuk menghadapi WSC 2019 di Kazan pada tahun hadapan.

Ketibaan kontingent negara telah disambut dalam  satu majlis  khas yang diadakan pada 2 Dis 2018, jam 10 pagi di KLIA, yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir ialah Menteri Beliau dan Sukan, Timbalan Menteri Kerjaraya serta keluarga dan rakan-rakan peserta. Tahniah kepada kontingen negara.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!