20 JUN 2019 - Majlis Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Pelancaran Bayar dan Menang PTPK disempurnakan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
18 JUN 2019 - YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri KSM telah dibawa melawat MGV Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk minuman ringan berpusat di Besut, Terengganu. Taklimat syarikat telah disampaikan oleh Pengarah Urusan syarikat Hj. Zakaria bin Jusoh yang turut membawa rombongan menyaksikan proses pengeluaran minuman ringan untuk pasaran dalam dan luar negara. MGV Industries Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menawarkan peluang kepada para usahawan tempatan untuk mengeluarkan produk minuman menggunakan jenama sendiri.
19 JUN 2019 - YB Dato' Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia memberi ucapan pada sesi "Mental Health Experiential Conference 2019" di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. #DOSH #Mentalhealth
18 JUN 2019 - YB Dato Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Pusat Latihan SLDN Negeri Kelantan. Majlis berlangsung di Tanjong Demong Beach Resort, Besut Terengganu.