VIDEO FB LIVE BERSAMA MENTERI SUMBER MANUSIA
15 MEI 2019 | FB LIVE BERSAMA MENTERI SUMBER MANUSIA #askkula
Sumber video adalah daripada Facebook Kula Segaran
13 Mei 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian "Neuro-Robotics Rehabilitation & Cybernics Centre" anjuran PERKESO yang bertempat di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Ayer Keroh, Melaka.
SESI LIBAT URUS (ENGAGEMENT) PINDAAN AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 DAN AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
14 MEI 2019 - Sesi Libat Urus (Engagement) Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 telah dipengerusikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia bersama wakil-wakil majikan dan pihak-pihak yang berkepentingan sebentar tadi. Sesi ini diadakan bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung dengan cadangan pindaan kedua-dua akta tersebut.
6 Mei 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyempurnakan pelancaran "Holistic Transformation Skills Training Program", iaitu satu inisiatif usahasama di antara MySkills Foundation dan HSBC Malaysia bagi membantu anak-anak muda mendapatkan latihan vokasional selama 12 bulan.