Video Kempen Komitmen Dasar KKP Negara
5 MEI 2019 - Video Kempen Komitmen Dasar KKP Negara telah dilancarkan pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019, Kementerian Sumber Manusia di PICC Putrajaya. Kempen yang dibawakan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ini telah berjaya diiktiraf oleh The Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai "Most Number of Signatures Collected in a Campaign" iaitu sebanyak 115,951 tandatangan.Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.
Sumber video adalah daripada Facebook JKKP, KSM
Berita RTM : 2 Akta Baharu Akan Diperkenal, Manakala 7 Undang Undang Sedia Ada Akan Dipinda
1 Mei 2019 - Dua akta baharu akan diperkenal, manakala 7 undang undang sedia ada akan dipinda. Tujuannya; bagi mempertahankan hak pekerja di Malaysia selaras dengan sasaran peningkatan 1 juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020. Menteri Sumber Manusia, M.Kula Segaran menjelaskan, akta yang bakal dibentangkan untuk pindaan Julai itu termasuk Akta Pekerjaan 1955, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Selain itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak serta Akta Kesatuan Sekerja 1959 juga bakal dibentang untuk pindaan.
Laporan Ravindran Sanmugam.
Sumber video adalah daripada RTM Malaysia
JTM, KSM Rangkul 10 Pingat di ITEX 2019
5 MEI 2019 - INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX), 2019 pada 2 hingga 4 Mei 2019 di KLCC merupakan kali ke-30 anjuran MINDS (Malaysia Invention and Design Society). Pertandingan berprestij ini dianjurkan sejak tahun 1989 dengan nama MALAYSIAN INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION (MINDEX) sebagai platform kepada pereka cipta dan penyelidik untuk mengkomersilkan rekacipta dan inovasi masing-masing di persada antarabangsa. Tahun 2019 merupakan kali ke-12 menyertai pertandingan berprestij ini. JTM telah mengemukakan 10 projek inovasi yang berimpak tinggi melibatkan 8 ILJTM. JTM telah merangkul 10 pingat iaitu 7 pingat Emas manakala 3 pingat Perak.
Sumber video adalah daripada Facebook JTM, KSM
Berita RTM : Aspek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
1 Mei - Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, cabaran yang perlu digalas majikan dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa berada pada tahap optimum semakin besar.
Namun sejauh mana aspek itu tersebut diambil perhatian oleh majikan mahupun pekerja bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif sekali gus mengelak sebarang bencana.
Sempena Hari Pekerja, Delilah Kadir bertemu wakil industri untuk melihat sejauh mana aspek keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan dalam setiap bidang pekerjaan yang dilakukan.
Sumber video adalah daripada RTM Malaysia