14 OGOS 2019 - YB Dato’ Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Pelepasan Konvoi Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 Tahun 2019 dan Program Karnival Kerjaya Peringkat Bahagian Samarahan bertempat di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, Sarawak. Konvoi Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 ini telah bergerak untuk Program Karnival Kerjaya yang seterusnya di Betong yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2019 (Khamis), kemudian di Sibu pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) dan berakhir di Miri pada 19 Ogos 2019 (Isnin). Juhh kitak orang nak tengah ncarik keja ya atang rami-rami ke Karnival Kerjaya tukk!!
09 OGOS 2019, Sungai Buloh - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyaksikan satu Sesi Menandatangani Memorandum Kerjasama di antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Daikin Malaysia Sdn. Bhd. dalam usaha menaiktaraf kemahiran pemasangan penyaman udara dalam industri Penyejukbekuan dan Penyaman Udara melalui program Air Conditioning Certified Technician (ACCT).
13 OGOS 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah meluangkan masa untuk bertemu dengan YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, untuk berbincang berkenaan Paid Internship, Living Wage, dan juga beberapa perkara berbangkit demi kebaikan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia.
08 OGOS 2019 - "I strongly urge employers to invest more heavily in training and development, especially among your HR team. Let us remember the increasing pervasiveness of Industry 4.0 and how, in today’s rapidly changing landscape, the HR community's continued relevance will depend on its ability to support and deliver organisational growth and innovation in the digital era." YB M. Kula Segaran, the Minister of Human Resources during his Keynote Speech at the "Crucial Conversations: Future Ready HR Professionals" program organised by the Malaysian Institute of Management, here in Kuala Lumpur.