21 OGOS 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Majlis Perniagaan US-ASEAN bertempat di Putrajaya. Pertemuan kali ini diadakan untuk berbincang mengenai pasaran tenaga kerja Malaysia khususnya kepentingan untuk menyokong dan membantu pembangunan tenaga kerja B40 menerusi pensijilan industri dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sesi ini telah dihadiri oleh syarikat-syarikat yang mewakili produk pengguna, tenaga, pembuatan, teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan dan sektor kesihatan.
18 OGOS 2019 - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Majlis Pelepasan dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) Kazan, Rusia 2019 di KLIA, Sepang. Turut hadir bersama ialah YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengurusan Tertinggi KSM.
#malaysiaboleh
#wsckazan2019
#goforgold
20.8.2019 | PICC Putrajaya - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan pada sidang terakhir di Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) 2019 Kali ke-24. Ketika ucapan penutup, beliau berkeyakinan bahawa graduan dari ILJTM akan terus mendapat tempat di pasaran pekerjaan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh JTM ke atas kebolehkerjaan graduan, yang mana menunjukkan penerimaan tinggi di kalangan majikan terhadap graduan ILJTM. TAHNIAH & SYABAS graduan ILJTM!!
Video Khas Team Malaysia WSC Kazan 2019
Sempena Pertandingan Kemahiran Dunia yang akan berlangsung minggu hadapan, WSC Kazan 2019, Video khas memperkenalkan Team Malaysia yang akan berjuang untuk misi mencari Emas Pertama Negara.
Buat semua warga kemahiran, ayuh kita sama sama memviralkan peserta peserta negara ini. Berikan sokongan kita kepada mereka. Harumkan nama mereka dan Malaysia khasnya. Semoga Peserta peserta negara berjuang demi maruah negara.
#goforgold
#kazan2019
#TeamMalaysia
#TVETMalaysia
Sumber video adalah daripada Facebook TeamMedia CIAST, Kementerian Sumber Manusia