16 JULAI 2019, Kuala Lumpur - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia sempat beramah-mesra bersama pelajar-pelajar Wesley Methodist School Ipoh (International) di Parlimen, Malaysia. Pelajar-pelajar ini berada di Parlimen dalam rangka lawatan sambil belajar dan mereka mengambil kesempatan untuk bertemu YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia.
15 JULAI 2019 - Kunjungan Hormat Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda kepada YBrs. Tuan Lim Eng Hock Timbalan Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia bertempat di KSM, Putrajaya.
16 JULAI 2019, Bandar ENSTEK - Sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman 'MoU' dan Nota Kerjasama antara kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Kementerian pendidikan Malaysia bersama dengan Kementerian Sumber Manusia dan agensi agensi lain. Majlis 'MoU' disaksikan oleh YBhg. Dato 'Kamel Bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan strategik) Kementerian Pendidikan Malaysia dan YBhg. Dato' Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia mewakili pihak KSM dibawah kampus Pusat latihan pengajar dan Kemahiran lanjutan (CIAST). Majlis MOU dan Nota kerjasama ini berhubung dengan kerjasama penubuhan Kampus satelit CIAST di Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Teknik (CSC-IPGKPT) Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Sumber adalah dari Facebook TeamMedia CIAST
15 JULAI 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia Ketika Lawatan Kerja ke Mahkamah Perusahaan bertempat di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.