01 SEPTEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang baru kembali dari Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) Kazan 2019 ketika Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen Negara WSC Kazan 2019 bertempat di Hotel Sama-sama, KLIA. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan ibu bapa peserta WSC. Dalam pertandingan ini, kontinjen negara telah memenangi 1 pingat gangsa bagi kategori Junior dan 9 Medallion for Excellence bagi kategori Belia. TAHNIAH dan SYABAS daripada KSM!!
29 OGOS 2019 - YB M. Kula Segaran, Minister of Human Resources delivered his Keynote Speech while attending the National Economic Forum 2019 Feature Session III: WORKFORCE FOR THE FUTURE Minding The Manpower and Skills Gap, at KLCC, Kuala Lumpur.
31 OGOS 2019 - Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong telah hadir bagi mencemar duli pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang bertempat di Dataran Putrajaya. Turut sama hadir adalah YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia bersama Isteri serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia.
#Sayangimalaysiaku
#Malaysiabersih
#Merdeka62
27 OGOS 2019 | Putrajaya - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia mengadakan satu sesi perjumpaan bersama pihak The Metal Industry Employees' Union dan Malaysian Trades Union Congress (MTUC) bagi mendapatkan pandangan, aduan dan maklum balas berkenaan dengan isu-isu pekerja.