11 SEPTEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, the Minister of Human Resources, hosted a dialogue between the Ministry of Human Resources & the industry CEOs in Malaysia to discuss matters regarding 'Public-Private Partnership in Guiding the Policies of the Ministry', at Hilton Hotel, Kuala Lumpur.
10 September 2019, Cyberjaya - YBhg. Dato' Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyampaikan pembentangan bertajuk "Labour Market Dynamic and Future of Works" pada Persidangan Sumber Manusia anjuran Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) bertempat di Shaftsbury Asteria, Cyberjaya. Pada majlis penutup, YBhg. Datuk Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) telah menyampaikan ucaptama perasmian bagi pihak Menteri Sumber Manusia.
11 SEPTEMBER 2019 - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah mempengerusikan satu Sesi Dialog bersama Institute-Industry Management Board (IIMB) & Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Sesi Dialog ini diadakan bagi mendengar dan mengambil kira segala cadangan penambahbaikan program TVET di negara ini bagi memastikan pembangunan industri kemahiran dapat berkembang maju seiring negara-negara maju.
10 September 2019, Damansara - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan ucapan beliau di 15th MECA Industrial Relations Convention anjuran MECA bertempat di Hotel Royale Chulan, Damansara.